•April 20, 2009 • Leave a Comment

Baru selesai isi e-filling kat http://e.hasil.gov.my Yeyeh tak payah bayar cukai sebab SAYA PEMBAYAR ZAKAT!!! http://e-zakat.com.my

Marilah pindah!

•January 6, 2007 • Leave a Comment

Alhamdulillah,
Berjaya juga akhirnya memiliki blog sdn. bhd.
Blog islamonline ni mungkin agak slow sikit lepas ni. Tak menang tangan nak update semua. Tapi, saya takkan delete macam tu je blog ni sebab…. nak dapat mana “islamonline” tu bukan senang. hih! hih!

Sila lawati blog terkini di www(doooot)drhasanah(dooooot)com.
Alamak, akhirnya, saya terpaksa “mengexpose” diri selepas sekian lama menulis sebagai ‘makhluk ghaib’!!!!

Migrasi

•November 25, 2006 • 3 Comments

Assalamualaikum,

Bertemu kembali dengan pembaca sekelian. Minta maaf kerana sekarang saya sibuk sangat membangunkan beberapa laman web selain tugas-tugas rasmi.

Sebenarnya, laman ini akan berpindah ke blog peribadi saya yang menggunakan domain sendiri (bukan percuma seperti ini). Saya sedang memindahkan post-post terdahulu ke blog tersebut selain memperbaiki beberapa perkara teknikal.

Saya juga sedang sibuk menyiapkan laman web berkaitan pengurusan harta pusaka dan wasiat. Sekarang ia berada di peringkat content.

Satu lagi laman yang masih dalam proses pembangunan ialah laman e-learning, yang dibangunkan khusus untuk pelajar-pelajar saya. Progres baru 10%! Hmm… cepat-cepatlah siap…..!

Buat masa ini, biarlah saya rahsiakan dahulu alamat blog dan laman tersebut hinggalah ia benar-benar ‘selamat’ untuk dikunjungi.

Jangan lupa datang lagi ke sini pada bulan Disember untuk mengikuti perkembangan terbaru.

Terima kasih.

Definisi Kahwin Misyar

•August 30, 2006 • 2 Comments

Assalamualaikum,

Saudara, sebagaimana yang pernah dijanjikan, saya akan menulis sedikit mengenai misyar dalam bulan Ogos. Maaf kerana saudara terpaksa menunggu sehingga hujung bulan kerana sepanjang bulan ini saya sangat sibuk.

Artikel asal bertajuk: Zawaj al-Misyar: Hukmuhu al-Shar’i, ditulis oleh Muhammad To’mah al-Qudhah, diterbitkan dalam www.ArabLawInfo.com

Definisi Kahwin Misyar:

Perkataan misyar berasal daripada perkataan arab sara, sira, sirah, tasayara, masar dan juga masirah. Ia bermaksud, berjalan dan perjalanan. Ia juga boleh diertikan sebagai pemergian.

Perkataan misyar sebenarnya ialah satu perkataan daripada bahasa dialek atau loghat (bahasa ammiyah) atau boleh juga disebut sebagai bahasa pasar yang digunakan di beberapa negara Teluk. Ia difahami sebagai: perjalanan dan tidak tinggal lama di sesuatu tempat (lihat: Yusuf al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar, Majallah al-Mujtama’ al-Kuwaitiyyah, bil 1301, 26/5/1977, hlm. 31, Majallah al-Syariah, bil. 392, bertarikh: 8/8/1998.

Definisi Misyar Dari Sudut Terminologi/Istilah:

Perkahwinan misyar ialah perkahwinan di mana pengantin lelaki tinggal di rumah pengantin perempuan tetapi pengantin perempuan tidak pula berpindah ke rumah pengantin lelaki. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua kerana si lelaki mempunyai isteri lain (isteri pertama) yang tinggal di rumah si lelaki dan menerima nafkah daripada lelaki tersebut. (lihat: al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar)

Ia juga disebut sebagai pergi kepada si isteri tetapi tidak tinggal lama (ibid.)

Terdapat juga pandangan bahawa perkahwinan misyar ialah perkahwinan yang dibina dengan akad yang sah antara kedua-dua lelaki dan perempuan dengan adanya persepakatan tentang hubungan kelamin tanpa hidup sebumbung untuk tempoh yang berpanjangan.(Akhbar al-Dustur, 10/10/1998, tanpa nama penulis artikel)

Menurut Ahmad al-Tamimi, misyar ialah perkahwinan seorang lelaki dengan seorang perempuan dengan akad yang sah menurut syarak dan memenuhi rukun-rukunnya, tetapi pasangannya bertolak ansur dari segi tempat tinggal dan nafkah. (lihat: Usamah Umar al-Ashqar, Mustajiddat Fiqhiyyah fi Qadhaya al-Zawaj dan al-Talaq, hlm. 163)

Menurut Ibn Mani’, ianya ialah perkahwinan yang memenuhi semua syarat dan rukunnya, tetapi kedua-dua pasangan redha-meredhai dan bersetuju bahawa si isteri tidak mempunyai hak berkelamin (iaitu hak pembahagian giliran bermalam). Sebaliknya, ia bergantung kepada si suami, jika dia mahu menziarahi isterinya pada bila-bila masa atau waktu. (ibid.)

Sebagai kesimpulan:

Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak ansur antara kedua-dua suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah, pembahagian giliran bermalam antara isteri-isteri dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya, memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan harta dan rumah kerana telahpun memilikinya.

Oleh itu, perkahwinan misyar ialah: Akad perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwinan dengan wujudnya tolak ansur si isteri daripada beberapa hak tertentu.

Cukup dahulu, jumpa lagi di lain hari.

.

MISYAR vs ISRAEL

•July 31, 2006 • Leave a Comment

Apa ni?

Takkan baru dua-tiga bulan menulis blog ni dah nak melalut?
Takkan la THE TERRORIST ISRAEL boleh dihancurkan dengan misyar?
hah! hah! hah! Mengarut!

Maaf saudara kalau saya melalut!

Hari ni memang saya hampir kehilangan semangat bercakap tentang misyar.
REMEH!

Dunia di sekeliling kita hampir hancur dipermainkan oleh THE REAL TERRORIST: ISRAEL tapi kita dok pi mai pi mai cakap pasal misyar.

Umat Islam di sekeliling kita hidup merana diratah peluru THE TERRORIST: ISRAEL tapi kita dok pi mai pi mai cakap pasal misyar.

Remaja di sekeliling kita makin huru-hara disesatkan oleh dakyah THE TERRORIST: ISRAEL tapi kita dok pi mai pi mai cakap pasal misyar.

Apa dah jadi dengan diri kita? Kenapa kita tak boleh ambil sebarang tindakan? Kalau kita tak mampu mengangkat senjata menentang Israel yang didalangi oleh Amerika, kenapa kita masih nak tabur duit ke poket mereka? Kenapa masih terus membeli belah di hypermarket mereka? Kenapa masih terus membeli produk mereka? Kenapa? Kenapa?

Saya merayu kepada saudara saudari sekelian,
Jika anda mampu melakukan sesuatu untuk menentang kezaliman Israel, maka lakukanlah. Tuliskan rasa hati anda dan hantar ke akhbar dan majalah. Hantar juga ke meja perdana menteri dan menteri-menteri yang lain (tidak ada salahnya!). Luangkan sedikit masa, cari di internet senarai syarikat yang dimiliki oleh Israel dan Amerika.
BOYCOTT ISRAEL & AMERICAN PRODUCT!!!
Selain itu, masih ada macam-macam cara lagi untuk PROTEST Israel. Fikir-fikirkanlah.

Dalam masa yang sama, jeling-jelinglah juga Tabung Derma untuk rakyat Lubnan yang baru sahaja di lancarkan. Capai handphone dan hantarlah mesej yang patut. Darah dan air mata rakyat Lubnan menanti sumbangan kita.

Untuk makluman, saya lebih rela blog saya ini dilupakan terus asalkan saudara saudari tidak melupakan nasib umat Islam di seluruh dunia!

Walaupun pedih hati, saya tetap akan meneruskan blog ini kerana masih ramai yang ingin mencari maklumat mengenai misyar. Saya tidak akan membiarkan mereka terpedaya pula dengan maklumat dan dakyah palsu mengenai misyar yang sangat mudah dicipta dan disebarkan di internet.

Saya telah menemui satu artikel yang sarat dengan maklumat, hujjah dan dalil mengenai misyar yang ditulis oleh Muhammad To’mah al-Qudhah dalam arablawinfo.com.
Insya Allah dalam bulan Ogos atau September ini akan saya terjemahkan untuk saudara sekelian.
Nantikanlah post seterusnya tapi jangan lupa: BOYCOTT ISRAEL PRODUCT!

Say No!

•July 31, 2006 • Leave a Comment

These are just some of the Israel company’s name:

AOL Time Warner
Apax Partners & Co Ltd
Coca-Cola
Danone
Delta Galil
Disney
Estée Lauder
IBM
Johnson & Johnson
Kimberly-Clark
Lewis Trust Group Ltd
L’Oreal
Marks & Spencer
Nestle
News Corporation
Nokia
Revlon
Sara Lee
Selfridges
The Limited Inc
Home Depot
Intel
Starbucks
Timberland
McDonald’s

Wanita-wanita dalam Wanita Hari Ini

•July 7, 2006 • 1 Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apa khabar saudara dan saudari sekelian. Diharapkan agar kita semua dapat menghadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh ketenangan dan ketabahan.

Maaf, kerana sudah beberapa hari tidak dapat updatekan blog ini. Apakan daya, banyak tugas yang perlu dilakukan setiap hari, daripada mulanya mencelikkan mata hinggalah ke malam hari.

Sebenarnya, saya berasa agak lega sedikit kerana melihat polemik isu misyar ini sudah reda sedikit.

Mungkin masyarakat secara umumnya semakin memahami apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan misyar.

Dahulu, semasa isu ini baru sahaja tercetus, banyak pihak yang tergesa-gesa memberikan pandangan mereka berdasarkan apa yang mereka dengar, tetapi bukan berdasarkan apa yang mereka sepatutnya faham.

Namun, apabila Sheikh al-Azhar mengemukakan pandangannya bahawa hukum perkahwinan misyar adalah sah, maka, mulut kita pun terkunci seketika. Ya lah, masakan kita dengan mudah boleh menolak fatwa pihak yang berautoriti .

Sheikh al-Azhar bercakap menggunakan dalil.
Kita pula bercakap menggunakan hujjah dengar-dengar.

Akibatnya, timbullah berbagai salah tanggapan sehingga menyebabkan mereka mendakwa bahawa perkahwinan misyar lebih terok daripada kahwin mutaah, lelaki kahwin misyar adalah gigolo dan sebagainya.

Isu ini bermula dengan berita dalam Utusan Malaysia. Saya terlepas daripada membaca akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan pandangan Prof. Dato Dr. Mahmood Zuhdi mengenai isu ini di muka hadapan. (Kalau dah letak kat muka hadapan, cepat lah isu ni jadi panas.)

Pada hari Jumaat, iaitu sehari selepas penyiaran berita tersebut, seorang rakan telah memaklumkannya kepada saya. Pada masa itu, saya baru sahaja selesai membentangkan satu kertas kerja di Universiti Malaya. Kebetulan pula, di sebelah petang saya sempat menonton rancangan Wanita Hari Ini yang menjadikan kahwin misyar sebagai topik utama.

Terkejut saya melihat cara isu ini dibincangkan.

Pihak media meminta pandangan orang ramai mengenai kahwin misyar sedangkan mereka sendiri masih terkejut dengan istilah misyar ini. Apa misyar tu pun mereka tak faham betul-betul.

Ayat yang asyik di sebut-sebut oleh pengacara rancangan itu pun ialah: kahwin misyar ialah suami tidak perlu menanggung nafkah zahir. Mereka hanya perlu menanggung nafkah batin semata-mata!

Apa ni?

Hendak je saya tanya pada pengacara rancangan tersebut, apa yang awak faham tentang kahwin misyar? Betul ke pemahaman tu? Apa pula maksud nafkah? Apa itu nafkah zahir? Nafkah batin tu pula apa? Seks sahaja ke?

Kasih sayang masuk dalam kategori apa? Kerjasama menguruskan rumah dan anak-anak pula bukan satu bentuk pemberian juga ke? Susah-payah suami pergi kedai, pergi pasar, hantar-ambil anak dari sekolah, menjaga anak isteri yang sesekali demam, dsb, semuanya tu apa? Si suami juga tetap perlu pergi bekerja.
Siapa kata suami kahwin misyar tak perlu bekerja?

Di akhir rancangan tersebut, pihak Wanita Hari Ini berjaya menghubungi Prof. Dato Zuhdi. Sempatlah beliau bercakap sedikit-sedikit mengenai maksud misyar. Itupun belum habis membela diri beliau yang telah dikecam ramai pembela hak asasi wanita, percakapannya telah dipotong.

Terkilan betul melihat keadaan ini.

Di awal rancangan, pihak WHI membuka ruang pada para penonton WHI untuk telefon mereka dan meluahkan pandangan menganai misyar.
Panas kerusi jadinya!

Bila rancangan dah nak habis, barulah Prof. Dato Zuhdi dihubungi.

Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh Dato, jelas sekali bahawa apa yang pengacara dan penonton WHI fahami tidak selari dengan kahwin misyar yang beliau maksudkan.

Bukan misyar sahaja tidak difahami, malah pengertian nafkah zahir batin pun ada yang terkhilaf!

Kalaulah WHI menghubungi Dato Zuhdi terlebih dahulu, alangkah baiknya. Biar pengacara WHI terlebih dahulu memahami betul-betul maksud misyar.

Jangan asyik ulang-ulang ayat: suami hanya perlu beri nafkah batin (yang mereka maksudkan sebagai ‘18sx‘) semata-mata.

Peminat WHI.