Umur Minimum untuk Berkahwin

Hah! hah! Ramai yang nak kawin, tapi tak menyangka mereka perlu tengok balik surat beranak dan congak umur mereka berapa tahun sekarang!

Tahukah anda bahawa jika anda tidak cukup umur, anda tidak boleh berkahwin?

Sebenarnya, kalau dilihat secara kasar dalam pandangan lama tentang umur minimum untuk kawin, tidak had umur minimum untuk tujuan tersebut. Tetapi pakar dalam perundangan Islam berpendapat bahawa terdapat sumber yang menyebut tentang hal ini iaitu ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 6 yang bermaksud:

Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin (balagh al-nikah). Jika kamu berpendapat mereka telah cerdas, maka serahlah kepada mereka harta-hartanya.

Berdasarkan ayat ini, pakar berpendapat bahawa kelayakan untuk melangsungkan perkahwinan juga bergantung kepada hakikat bahawa pihak yang ingin berkahwin itu telah mencapai umur dewasa.

Diringkaskan cerita, dalam undang-undang di Malaysia (merujuk kepada Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984), minimum umur untuk berkahwin ialah seperti berikut:

Lelaki –> tidak kurang dari 18 tahun
Perempuan –> tidak kurang dari 16 tahun

Baiklah, bagaimana jika ada remaja yang ‘terkahwin’ juga sebelum sampai had umur di atas?

Perkahwinan tersebut tetap boleh didaftarkan, tetapi dia akan dikenakan penalti. Itupun dengan syarat Mahmakah berpuas hati bahawa ia adalah sah mengikut hukum syarak. Jika remaja perempuan telah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia baligh, dia boleh menolak perkahwinan tersebut sebelum dia mencapai umur 18 tahun dengan syarat belum berlaku persetubuhan dalam perkahwinan itu.

Ok, macamana? Anda dah cukup umur? hmmmm……


22 Responses to “Umur Minimum untuk Berkahwin”

  1. bagaimana pula jika berkahwin dengan sepupu sendiri?

  2. klu umur seoerang perempuan 16tahun 5 blan adakah layak untuk dy berkahwin?

  3. klau prempuan 2 berumur 16 thun 7 bulan boleh xkhwin??

  4. ada orang ckp skarang syarat utk ppuan kena umur ckup 19..tol ke?..

  5. cm mane klw popn umor 19 tahun lelaki 17 tahun.bley x berkahwin?

  6. KLU LLAKI UMURNYA DAH 18..TP XCKUP BULAN LAGI..BLH KHWIN X..17THN,10 BULAN

  7. kalau lelaki itu dah 18,wlpun tak ckup bulan (17thn 7bulan) dgn perempuan 20thn?

  8. betul ke? ayah saya kata lelaki kena zaman skrg lelaki kena berumur 21 tahun…=,=

  9. lelaki umur 21 dan perempuan umur 16 boleh tak kahwin

  10. camne lau laki umur 16 taon n pmpuan 15 taon.?ley ke kawin??

  11. camne lau laki 17 taon n pmpuan 16 taon.?ley ke kawin.?muda lg kot

  12. camne lau laki 17taon n pmpuan 16taon?ley ke kawin.?muda lg kot

  13. law lelaki umur 17 kahwin dengan umur 23 bleh ke..??

  14. Bagaimana jika pmpuan tu 18 tahun n lelaki tu 23 tahun ,, boleh buat surat kahwin kan ?

  15. Assalamuailaikum,nk tanye skire nye umur wanits tersebut dlm 25th dn pasangan nye 19th adakh dibenarkn

  16. lw lelaki umur17 ,prpuan pn umur17 …. bleh tak nikah lepas SPM ….????

  17. Saya da berusia 17 tahun pada tahun ini..saya mempunyai kekasih dan kekasih saya mengajak saya berkahwin..tetapi saya belum bersedia untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak2 saya nanti
    Bagaimana cara ya

  18. kalw pmpn umur 17 taun 7 bulan dgn laky umur 22 taun ??bole kawen tak ??

  19. boleh kah lelaki bernikah dalam usia 16 dan perempuan berusia 26 tahun boleh kh??

  20. cam mna if laki 18 pmpn 15 bleh x?

  21. kalau perempuan tu berumur 15 tahun 7 bulan boleh ke berkahwin..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: