Fatwa daripada Sheikh al-Azhar, Mesir

Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia 31 Mei 2006

Perkahwinan misyar sah – Sheikh al-Azhar

KUALA LUMPUR 30 Mei – Sheikh al-Azhar, Mesir, Prof. Dr. Muhammad Sayyed Tantawi berkata, perkahwinan misyar mengikut syarak adalah sah.
Katanya, semua syarat syarak seperti ijab dan kabul, mas kahwin dan pengisytiharan kepada umum terdapat dalam perkahwinan ini dan tidak ada paksaan oleh mana-mana pihak.
“Kalau kedua-dua pihak bersetuju untuk menolak haknya, jadi kedua-dua pihak dapat hidup dengan aman dan sempurna,” katanya kepada pemberita melalui terjemahan oleh Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman.
Prof. Muhammad Sayyed Tantawi yang kini dalam rangka lawatan ke negara rumpun Islam di rantau ini hari ini menyampaikan syarahan perdananya di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.
Beliau berkata, tidak timbul soal penganiayaan kepada wanita kerana ia dibuat dengan persetujuan bersama tetapi dari segi lain.
“Mereka yang berkahwin misyar ini sebabnya ada wanita yang mungkin telah bercerai atau suaminya meninggal dunia tetapi wanita itu ingin hidup dalam keadaan bersih (terpelihara daripada maksiat) dan kebahagiaan (mendapat kasih sayang dan nafkah batin daripada suami),” katanya.
Lelaki yang mengamalkan perkahwinan misyar ini pula kebanyakannya terdiri daripada mereka yang sudah berumahtangga dan memang menjadi amalan di kebanyakan negara di Asia Barat, katanya.
Wanita akan bersetuju untuk tidak mendapat nafkah zahir kerana wanita itu sendiri mungkin mampu menyara hidupnya tetapi menuntut supaya suami datang menjenguk sekurang-kurangnya seminggu sekali, katanya.
Suami pula tidak boleh memaksa wanita itu pindah ke rumah isteri pertama malah terpaksa membenarkan isteri yang dikahwini secara misyar itu duduk bersama keluarga atau di rumah milik beliau sendiri, katanya.
“Sebenarnya perkahwinan misyar ini amat sesuai untuk wanita yang suka hidup di dalam rumah dan wanita yang suka dikelilingi oleh anak-anak mereka,” katanya.
Ketika ditanya jika ia boleh diamalkan di Malaysia, Muhammad menjawab: “Kalau berlaku demikian apa salahnya, kerjasama suami isteri amat digalakkan”.
Kahwin misyar dicetuskan baru-baru ini dalam akhbar tempatan oleh Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid yang dikatakan sesuai untuk mengatasi masalah wanita tidak berkahwin.
Bagaimanapun, ia menimbulkan banyak reaksi dan tentangan daripada kaum wanita sendiri yang khuatir akan timbul penganiayaan dan perlepasan tanggungjawab oleh lelaki.

~ by alhasanah on June 23, 2006.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: